2.0 Kaedah Kajian
2.0
KAEDAH KAJIAN
Kajian
dijalankan terhadap 39 orang pelajar terpilih dari empat kumpulan tutoran Modul
I dan Modul III Program Satu Tahun (PST) Semester 1 sesi 2017-2018, yang telah
memperolehi markah rendah dan gagal dalam ujian tentang replikasi DNA yang dijalankan.
Lokasi
pelaksanaan kajian ini adalah di bilik tutoran pada sesi tutoran dan juga dalam
makmal biologi pada sesi perbengkelan (tiada amali dijadualkan pada hari
tersebut). Pelajar-pelajar telah terlebih dahulu menjawab soalan-soalan pada
Ujian Pra sebelum sesi perbincangan tentang bagaimana proses replikasi DNA
berlaku dengan bantuan DNA Replication
Interactive Kit. Soalan-soalan berkenaan adalah seperti pada
LAMPIRAN I. Sementara contoh-contoh
jawapan pelajar pada Ujian Pra dan Ujian Pasca berada pada LAMPIRAN II.
Alat bantuan pengajaran dan pembelajaran berupa model 2D yang dinamakan DNA Replication Interactive Kit adalah inovasi model 2D yang diadaptasikan dari model Interactive 3D DNA pada You-tube, yang dimuat naik pada 30 March 2011. Model ini dibina dengan menggunakan bahan-bahan serta
peralatan yang murah serta mudah diperolehi, terdiri daripada kepingan-kepingan kertas warna yang dicetak dengan
struktur serta nama komponen-komponen yang terlibat dalam mekanisma replikasi
DNA. Kepingan cetakan kertas warna itu
dilaminasi, digunting, ditampalkan plat magnet di bahagian belakangnya dan
disimpan dalam kotak khas. Kotak ini
ringan dan senang di bawa ke bilik tutoran atau makmal biologi atau mana-mana lokasi yang sesuai
untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung di bilik tutoran, pensyarah terlebih dahulu membuat penerangan dengan
mengunakan alat bantuan pengajaran dan pembelajaran (DNA Replication Interactive Kit). Pelajar-pelajar
dibenarkan bertanya pada mana-mana bahagian yang mereka sukar kuasai dan
pensyarah akan membuat penjelasan sekali lagi.
Selepas itu, kumpulan-kumpulan pelajar pula dijemput membuat penerangan
dengan menggunakan alat bantuan pengajaran dan pembelajaran yang diinovasikan
ini. Pensyarah dan pelajar-pelajar lain memberikan komen serta membuat pembetulan di mana perlu. Penerangan dari wakil-wakil kumpulan pelajar juga dibuat pada waktu perbengkelan di makmal biologi. Gambar dan video disediakan sebagai bahan bukti situasi
sebenar proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan.
Selepas sesi penerangan oleh
pensyarah dan juga kumpulan-kumpulan pelajar, sekali lagi semua pelajar yang
terlibat dalam kajian ini menjawab soalan Ujian Pasca di mana soalan-soalannya adalah yang sama seperti yang terdapat pada
Ujian Pra sebelumnya. Min peratusan markah dicapai pelajar pada
Ujian Pra dan Ujian Pasca di bandingkan bagi melihat keberkesanan alat bantuan
proses pengajaran dan pembelajaran yang diinovasikan.
Comments
Post a Comment