5.0 Kesimpulan
5.0 KESIMPULAN
Hasil
kajian menunjukkan penggunaan DNA
Replication Interactive Kit sebagai
alat bantuan pengajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan untuk meningkatkan kefahaman konsep
pelajar tentang proses replikasi DNA.
Bukan sahaja mereka berupaya memperolehi markah yang lebih baik dalam
ujian yang diberikan, malahan juga mereka
juga menjadi lebih aktif dan bersifat lebih berkolaboratif.
Terdapat
banyak strategi instruksional telah dikemukakan oleh penyelidik-penyelidik
terkemuka di bidang pendidikan, yang boleh dipilih dan diamalkan oleh seseorang
pendidik untuk proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi
menyampaikan kandungan pelajaran secara berkesan kepada pelajar. Dengan itu terpulanglah kepada pendidik itu sendiri memilih mana-mana kaedah atau strategi yang sesuai untuk diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikannya.
Pendidik yang bertanggungjawab dengan tugas yang
dipertanggungjawabkan terhadapnya perlulah mempunyai pelbagai strategi dan
teknik instruksional untuk diamalkan di dalam kelasnya bagi menarik perhatian
serta minat pelajarnya, dengan harapan mereka nanti berupaya menguasai
kandungan pelajaran yang dipelajari. Mudah-mudahan
pelajar itu nanti berupaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan
memperolehi keputusan yang cemerlang demi masa hadapan yang gemilang.
Comments
Post a Comment