1.0 Pengenalan
1.0
PENGENALAN
Satu kajian telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar terpilih dari Program
Satu Tahun (PST) Modul dan Modul III bagi Semester I, Sesi 2017-2018 Kolej
Matrikulasi Selangor berkaitan sub-tajuk 6.2: DNA replication Bab 6 Expression of Biological
Information. Seramai 39 orang pelajar daripada 4 kumpulan tutoran
telah terlibat dalam kajian ini, yang dijalankan pada sesi tutoran dan juga
bengkel pada sesi amali waktu rasmi proses pengajaran dan pembelajaran harian. Sesi pengajaran dan pembelajaran disokong oleh
alat bantuan pengajaran dan pembelajaran yang diinovasikan pensyarah, dinamakan DNA Replication Interactive Kit. Inovasi
ini adalah model 2D yang diadaptasi dari model Interactive 3D DNA pada You-tube, yang dimuat naik pada 30 March 2011.
Alat bantuan proses pengajaran dan pembelajaran ini dibina khas untuk
membantu meningkatkan penguasaan konsep pelajar-pelajar tentang proses
replikasi DNA berasaskan semi-conservative DNA replication model oleh Meselson dan Stahl (1950), dalam
Campbell et. al., (2018).
1.1 Pernyataan masalah
Tidak
semua pelajar berupaya menguasai konsep asas tentang proses replikasi DNA
walau pun sudah menghadiri sesi kuliah. Ini diperhatikan apabila ramai di
kalangan mereka memperolehi markah yang rendah dan gagal bagi ujian berkaitan
tajuk replikasi DNA yang dijalankan. Pelajar-pelajar yang tidak dapat menajawab
dengan betul soalan-soalan yang diberikan kerana tidak dapat mengenalpasti nama
enzim-enzim serta protein yang terlibat dan juga tidak dapat menjelaskan peranan
yang dimainkan oleh enzim serta protein itu dalam mekanisma replikasi DNA.
Mereka juga tidak berupaya menulis essei dengan betul bagi menghuraikan
dengan jelas dan lengkap tentang bagaimana berlakunya proses penghasilan leading
strand dan juga lagging
strands dalam penghasilan DNA baharu.
1.2 Literature Review
Mengikut
McIlrath dan Huitt (1995), penggunaan model dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dapat membantu pendidik membuat penjelasan dengan
mudah tentang sesuatu kandungan pelajaran yang sukar. Begitu juga pandangan
Mathias (1997), yang menganggap penggunaan model interaktif adalah sangat
berkesan untuk meningkatkan penguasaan konsep pelajar tentang sesuatu kandungan
pelajaran kerana pelajar lebih mudah mengenalpasti bahagian yang mereka
kurang fahami untuk bertanyakan soalan. Berasaskan dua pandangan ini,
maka inovasi dibangunkan dalam bentuk model interaktif 2D yang mudah
digunapakai secara interaktif oleh pensyarah pada papan putih (whiteboard)
untuk menyelesaikan masalah pelajar yang sukar menguasai konsep asas tentang
mekanisma replikasi DNA, walau pun sudah menghadiri sesi kuliah dan berbincang
secara lisan pada sesi tutoran.
1.3 Objektif
Antara
objektif inovasi ini adalah seperti berikut:
1.3.2 Menukarkan
penggunaan papan putih biasa (normal whiteboard usage) di bilik tutoran
dan juga di makmal biologi kepada interactive
whiteboard bagi menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok serta menarik perhatian dan
minat pelajar.
1.3.3 Menyediakan persekitaran
pembelajaran visual dan interaktif
kepada pelajar secara manual di bilik tutoran dan makmal biologi, memandangkan
bilik-bilik tutoran serta makmal sains di Kolej Matrikulasi Selangor
masih lagi belum dilengkapkan dengan peralatan teknologi maklumat seperti
komputer dan alatan pemancar (LCD projector).
1.3.4
Menambahkan lagi koleksi alat bantuan proses pengajaran dan pembelajaran di
Unit Biologi Kolej Matrikulasi Selangor, yang boleh dikongsikan bersama dengan
pensyarah-pensyarah biologi lain untuk digunakan pada sesi pengajaran dan
pembelajaran agar penyampaian kandungan pelajaran yang sukar menjadi mudah.
1.3.4 Menambahkan lagi koleksi alat bantuan
proses pengajaran dan pembelajaran di Unit Biologi Kolej Matrikulasi Selangor,
yang boleh dikongsikan bersama dengan pensyarah-pensyarah biologi lain untuk
digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran agar penyampaian kandungan
pelajaran yang sukar menjadi mudah.
Comments
Post a Comment