Abstrak
MENINGKATKAN
PENGUASAAN KONSEP MEKANISMA REPLIKASI DNA
DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI
DENGAN MENGGUNAKAN
DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI
DENGAN MENGGUNAKAN
DNA REPLICATION INTERACTIVE KIT
Abstrak
Terdapat sebilangan pelajar yang mengikuti kursus Biologi (SB 016) semester
1 sesi 2017/2018 di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
menghadapi masalah untuk menghuraikan proses replikasi DNA. Pelajar telah menghadiri kuliah dan melalui
perbincangan secara verbal pada sesi tutoran, namun mereka masih lagi gagal
dalam ujian topikal yang dilaksanakan khusus menguji penguasaan konsep tentang
replikasi DNA. Dengan itu pensyarah tutoran melakukan inovasi dengan membina
alat bantuan proses pengajaran dan pembelajaran yang dinamakan DNA
Replication Interactive Kit. Kit
ini dibina berasaskan semi-conservative DNA replication model (Meselson dan Stahl,
1950), khusus untuk digunakan pada papan putih (whiteboard) di bilik tutoran dan juga makmal sains. Memandangkan setiap bilik tutoran dan makmal
sains di KMS ini masih belum lagi dilengkapkan dengan komputer dan alat
pemancar LCD, maka whiteboard biasa akan ditransformasikan
kepada interactive whiteboard dengan harapan perhatian serta
minat pelajar untuk belajar secara aktif dapat ditingkatkan dan mereka akan mudah
menguasai kandungan pelajaran yang dipelajari. Alat bantuan proses pengajaran
dan pembelajaran ini dibina dengan
menggunakan bahan-bahan dan peralatan yang murah serta mudah diperolehi. Ia dibangunkan daripada kepingan-kepingan
kertas warna yang dicetak dengan struktur serta nama komponen-komponen yang
terlibat dalam proses replikasi DNA.
Kepingan cetakan kertas warna itu dilaminasi, digunting, ditampalkan
plat magnet di bahagian belakangnya dan disimpan dalam kotak khas. Ia adalah ringan dan senang di bawa ke bilik
tutoran atau makmal sains, untuk ditampal dan digerakkan secara interaktif pada
whiteboard. Seramai 39 orang pelajar yang setara dari segi
penguasaan konsep tentang mekanisma replikasi DNA telah di pilih sebagai sampel
kajian. Mereka menjawab soalan-soalan Ujian Pra, mengikuti proses pembelajaran
secara aktif dengan penggunaan DNA
Replication Interactive Kit dan berakhir
dengan menjawab soalan-soalan Ujian Pasca. Min markah 20.64% pada Ujian Pra
yang telah meningkat kepada 67.33% pada Ujian Pasca telah membuktikan yang
tahap penguasaan konsep pelajar tentang mekanisma replikasi DNA menjadi semakin baik. DNA Replication Interactive Kit yang mudah dibina ini bukan sahaja boleh digunakan
oleh pensyarah serta pelajar Program Satu Tahun (PST), malahan juga bermanafaat
untuk digunakan oleh pensyarah serta pelajar Program Dua Tahun (PDT). Bukan setakat di Kolej Matrikulasi Selangor, malahan boleh
juga digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kolej-kolej
matrikulasi lain di Malaysia. Penambahbaikan
boleh dibuat dari masa ke masa oleh pensyarah bagi mengatasi mana-mana
kelemahan agar minat dan keinginan pelajar untuk belajar meningkat. Kami sebagai pendidik akan terus meningkatkan
kemahiran instruksional kami dari masa ke masa agar pelajar kami berupaya menguasai
setiap kandungan pelajaran yang disampaikan, dengan harapan mereka nanti
berupaya menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik dan memperolehi
keputusan yang cemerlang.
i
Comments
Post a Comment