6.0 Cadangan Penambahbaikan
6.0 CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Satu
penambahbaikan akan dilakukan ke atas kajian ini dan kajian lanjutan akan
dilaksanakan. Antaranya adalah dengan
membuat penambahbaikan terhadap kaedah serta bahan yang digunakan. Penggunaan bahan yang lebih tahan lama dan lebih menarik perhatian pelajar akan
difikirkan. Selain itu bentuk soalan yang digunakan bagi Ujian Pra dan Ujian
Pasca juga akan diubah bagi memudahkan pelajar memahami kehendak soalan selari
dengan konsep yang hendak di uji. Jumlah sampel kajian juga perlu ditambah,
yang merangkumi lebih ramai pelajar sederhana dan lemah dari banyak lagi kelas
tutoran yang di kendalikan oleh pensyarah lain. Keberkesanan inovasi kaedah proses pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan bukan hanya boleh dilihat dengan membandingkan min peratusan markah Ujian Pra
dengan Ujian Pasca sahaja, malah kaedah analisa data dengan menggunakan perisian
sesuai perlu digunakan bagi meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan hasil kajian yang dilaksanakan.
Comments
Post a Comment