3.0 Hasil Kajian



3.0       HASIL KAJIAN
Peningkatan min markah 20.64% pada Ujian Pra kepada 67.33%  pada Ujian Pasca pada LAMPIRAN III telah membuktikan bahawa inovasi alat bantuan pengajaran dan pembelajaran yang dinamakan DNA Replication Interactive Kit adalah berkesan untuk meningkatkan kefahaman konsep pelajar tentang mekanisma replikasi DNA berasaskan semi-conservative DNA replication model.  Gambar-gambar yang berada pada LAMPIRAN IV(a) hingga IV(c)  dan juga video-video pada LAMPIRAN V(a) hingga V(e) membuktikan bagaimana mudah dan praktiknya DNA Replication Interactive Kit digunakan sebagai alat bantuan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dibilik tutoran dan juga di makmal biologi.  Ia berupaya menukarkan cara penggunaan papan putih secara biasa oleh pensyarah (normal whiteboard) kepada interactive whiteboard.  Dengan itu persekitaran pembelajaran yang membosankan bertukar kepada persekitaran pembelajaran secara visual dan interaktif, walau pun dijalankan secara manual.  Minat dan kerjasama di kalangan pelajar meningkat kerana mereka mudah melihat bahagian yang sukar difahami untuk menanyakan soalan dan mudah pula bagi pensyarah memberikan jawapannya.  Penguasaan konsep pelajar meningkat, yang membolehkan mereka membuat pembentangan dengan yakin dan menjadi semakin baik dalam penulisan essei tentang mekanisma replikasi DNA.

Comments